latest articles

Tuesday 14 August 2012

Baru 2 hari Lahir, Bayi Perempuan Rini AF7Kritikal Kerana Jatuh Katil




KUALA LUMPUR : Perasaan gembira menimang puteri sulung berubah menjadi sedih buat bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), Rini apabila bayi perempuannya yang diberi nama Maryam Joanna dilaporkan jatuh katil pada 11 Ogos lalu.



Berita ini disahkan Rini yang tatkala ini baru saja pulih dari trauma selepas berdepan dengan insiden yang tragik itu.

“Saya selamat melahirkan anak saya, Maryam Joanna di Hospital Putrajaya pada jam 9.34 pagi Khamis lalu. Saya terpaksa melahirkannya secara pembedahan kerana anak saya seberat 4.25 kg. Waktu itu, suami saya ada bersama saya tetapi dia tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik pembedahan.

“Saya betul-betul sedih kerana anak saya kini berada dalam keadaan kritikal di hospital Kajang. Baby saya tidak sedarkan diri dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.



“Ini semua kuasa Allah dan saya hanya mampu berdoa agar anak saya cepat sembuh dan selamat. Apatah lagi, hanya tinggal beberapa hari saja nak menyambut Syawal. Saya harap, semua doakan yang terbaik untuk anak saya. Saya juga akan lakukan yang terbaik untuk anak saya itu,” katanya dalam sedih ketika dihubungi murai.com.my.

Menjelaskan lanjut kejadian yang menimpa anaknya itu, penyanyi lagu Apa Sebenarnya memberitahu anaknya itu lemas selepas terjatuh dari katil di rumahnya.

“Pada malam saya pulang ke rumah dari hospital (10 Ogos), saya menyusukan dia kemudian meletakkan dia di atas katil. Apabila bangun pagi, baru saya sedar anak saya sudah terjatuh di tilam yang berada di sebelah bawah.

“Waktu itu, saya dapati anak saya sudah lemas dan tidak sedarkan diri. Alhamdulillah, sekarang saya sudah okay walaupun sebelum ini saya seakan tidak boleh menerima hakikat apa yang berlaku.

“Saya memang sedih sebab dia adalah cahayamata pertama saya. Saya mengandungkan dia selama 10 bulan. Saya menjalani pembedahan apabila sudah cukup tarikh untuk dia dilahirkan,” jelasnya.

Marilah sama-sama kita mendoakan semoga anak rini cepat sembuh.
Read more

Harga minimum rokok RM7


Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai

PUTRAJAYA – Kerajaan menetapkan harga minimum bagi semua jenama rokok ialah RM7 mulai 1 Sept dan hanya membenarkan syarikat rokok mengeluarkan 20 batang rokok dalam satu paket.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata serentak itu, kerajaan turut memansuhkan semua jenis diskaun yang ditawarkan oleh syarikat rokok.

Beliau berkata kerajaan juga hanya membenarkan syarikat rokok mengeluarkan 10 paket dalam satu karton.

“Mulai 1 Sept 2012, semua diskaun jualan rokok akan dimansuhkan… semua jenama rokok tidak boleh mengadakan diskaun. Pelarasan diskaun harga jualan runcit rokok dimansuhkan. Hanya satu harga minimum iaitu RM7 untuk paket 20 batang.

“Pengilang-pengilang membungkus rokok perlu memastikan dalam paket hanya 20 batang dan satu karton mengandungi 10 paket sahaja,” katanya pada sidang akhbar selepas memperkenalkan ‘Duta ASAP Smoke Free Lifestyle’, di sini hari ini.

Liow berkata dengan penguatkuasaan peraturan itu kesemua rokok yang dijual dalam negara hendaklah dijual dengan harga tidak kurang daripada harga minimum yang ditetapkan itu.

Tahun lepas harga minimum rokok ditetapkan RM7 bagi 20 batang apabila Kementerian Kesihatan menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau.

Bagaimanapun kerajaan ketika itu tidak menetapkan saiz paket dan terdapat 21 batang rokok (RM7.23), 22 batang rokok (RM7.70), 23 batang rokok (RM8.05).

Liow berkata walaupun sebelum ini penjualan rokok pada harga yang lebih rendah dilarang, syarikat rokok dibenar membuat pelarasan harga sebanyak tiga kali setahun dengan perbezaan harga tidak boleh melebihi lima peratus.

Beliau berkata kerajaan menguatkuasa peraturan baru itu untuk mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok terutama oleh kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah selain membendung aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan.

Dengan penguatkuasaan peraturan baru ini, kompaun antara RM500 dan RM5,000 dikenakan bagi kesalahan menjual rokok di bawah harga minimum manakala bagi kesalahan menjual rokok tidak sah, peniaga yang didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun. – Bernama
Read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...